Disiplin sangat penting kepada sesebuah sekolah. Hal ini kerana disiplinlah yang akan mencerminkan sesebuah sekolah. “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”Dalam pengurusan disiplin ini,ia berkait rapat dengan Surat Pekeliling Ikhtisas. Terdapat hukuman-hukuman yang akan dikenakan berdasarkan kesalahan apa yang mereka lakukan. Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
Untuk ketahui dengan lebih mendalam boleh klik ke link berikut πΆπΆπΆ

No comments:
Post a Comment