ππππππππππππππππππππππππππ
Rumusan yang dapat yuni ringkaskan adalah hubungan sekolah dengan persekitaran adalah sangat penting. Terutamanya,hubungan sekolah dengan masyarakat. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Contoh hubungan dengan pihak luar adalah seperti PIBG. Dalam menganjurkan apa-apa aktiviti,pihak sekolah hendaklah melibatkan ibubapa. Hal ini agar para ibubapa dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
link πππ
No comments:
Post a Comment