Assalamualaikum dan haiii semua. Pada pagi ini saya akan berkongsi sedikit tentang Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan. 🍗🍗🍗
Tajuk ini berkaitan dengan kaunseling. Ia dikategorikan kepada 3 iaitu penasihatan,bimbingan dan mentoring. Penasihatan adalah berbentuk suruhan,memberi nasihat,pelajar yang mempunyai masalah serta membantu murid membuat keputusan. Penasihatan ini jangka masa lebih pendek berbanding yang lain. Bimbingan adalah pencegahan yang boleh dikawal serta membantu individu agar dapat membuat keputusan yang bijak. Mentoring pula adalah bimbingan,sokongan,serta bantuan secara profesional. Contohnya,mentor dan mentee. Ia adalah hubungan yang berterusan untuk tempoh yang lama. Ia juga fokus kepada kerjaya dan perkembangan peribadi. Semua guru adalah guru bimbingan tetapi bukan semua guru adalah guru kaunseling. Masalah disiplin dibawah guru kaunseling juga.
No comments:
Post a Comment