Friday, December 21, 2018

TOPIK 11 - PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Apa itu pelbagai budaya? Pelbagai budaya adalah Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

Pada pendapat saya,setiap sekolah perlu menerapkan pelbagai budaya. Hal ini kerana supaya mereka terdedah dengan budaya seperti bergaul dengan kaum lain. Contohnya,pihak sekolah menganjurkan program-program budaya seperti program silang budaya. Selain itu,pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab yang melibatkan budaya seperti Kelab Rukun Negara serta Kelab Perpaduan.

Kumpulan saya telah mendapat tajuk ini untuk tugasan. Kami telah pergi ke sebuah sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai pelbagai budaya. Terdapat juga bangsa selain Melayu,Cina dan India. Iaitu bangsa Pakistan dan lain-lain. Kami dapat memerhati yang bahawa para pelajar tersebut bergaul dengan kaum sendiri. Akan tetapi ada juga yang bergaul berlainan kaum.

Klik link : 


No comments:

Post a Comment

TOPIK 14-PENGURUSAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum..in sha Allah..ini adalah topik terakhir untuk subjek ini. Seperti yang kita ketahui,setiap murid wajib menyertai akti...