Thursday, November 29, 2018

TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita teruskan dengan topik kita yang lain iaitu Pengurusan Murid. Ermmm...kalau fikir pasal murid,pasti akan banyak yang terlintas di fikiran. Hal ini kerana sebagai seorang guru,banyak perkara yang perlu diuruskan lebih-lebih yang melibatkan murid.

Rumusan yang saya dapat rumuskan adalah di dalam topik ini,ia membahagikan pengurusan murid kepada dua iaitu Hal Ehwal Murid dan Pembelajaran. Di dalam bahagian tersebut,ia membincangkan tentang rekod-rekod murid serta peranan guru kelas. Rekod-rekod atau maklumat tentang murid ini dibawah Hal Ehwal Murid. Seperti yang kita ketahui,guru kelas memainkan peranan yang sangat besar. Manakala di bawah pembelajaran,terbahagi kepada 2 iaitu kesediaan belajar dan motivasi.

Kesediaan belajar pula ialah Keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Ia terbahagi pula kepada 3 iaitu kognitif,afektif dan psikomotor.

Dari segi motivasi adalah bagaimana ia dapat membantu menaikkan semangat murid itu balik.  Terdapat 2 teknik iaitu Teknik Intrinstik dan Teknik Ekstrinstik. Setakat ini sahaja yang dapat saya rumuskan. Untuk ketahui lebih lanjut sila klik link di bawah 🤠



No comments:

Post a Comment

TOPIK 14-PENGURUSAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum..in sha Allah..ini adalah topik terakhir untuk subjek ini. Seperti yang kita ketahui,setiap murid wajib menyertai akti...