Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bertemu lagi kita. Okay hari ini saya akan teruskan dengan topik yang ke-3.
Apa yang saya dapat rumuskan adalah dalam topik ini ia membincangkan tentang semua topik. Contohnya dari segi perspektif pengurusan. Pemgurusan seperti bilik darjah dan sekolah. Apa itu pengurusan? Pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk
mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Ia juga membincangkan tentang strategi pengurusan pembelajaran iaitu berpusatkan guru,berpusatkan bahan dan berpusatkan murid.
Topik ini juga membincangkan tentang Akta Pendidikan 1996. Setiap daripada kumpulan diberikan tugasan mengikut tajuk yang diberikan. Antara kajian yang perlu kami lakukan adalah :
- Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Bilik Darjah
- Pengurusan Sumber
- Pengurusan Bilik Pembelajaran
- Pengurusan Disiplin
- Pengurusan Bimbingan / Penasihatan
- Pengurusan Pelbagai Budaya
- Pengurusan pelbagai upaya
- Pengurusan Sekolah dan Persekitaran
- Pengurusan Kokurikulum
Untuk setiap topik yang diatas,saya akan bincangkan di kemudian hari π
No comments:
Post a Comment