Friday, November 30, 2018

TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

Assalamualaikum..Hai..Hello..Annyeong😜 Baiklah,,harini saya akan sambung dengan topik seterusnya iaitu Pengurusan Bilik Darjah.

Rumusan yang dapat saya katakan dalam topik pengurusan bilik darjah ini adalah bila sebut bilik darjah,kita dah tahu kan..ianya adalah bilik untuk murid-murid belajar. Terdapat garis panduan yang guru perlu patuhi dalam penyusunan bilik darjah ini. Elemen yang penting dalam bilik darjah ini terbahagi kepada 3 adalah fizikal,psikososial dan aktiviti pembelajaran.

Dalam topik ini juga ia ada kaitkan dengan kaedah pembelajaran. Contohnya,aktiviti secara berkumpulan. Guru perlu mengadakan aktiviti mengikut kesesuaian bilik darjah tersebut. Selain itu,bahan-bahan pengajaran yang perlu ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 

Okay..itu sahaja rumusan yang dapat saya berikan. Untuk ketahui lebih lanjut boleh tekan link dibawah :)


Nantikan topik seterusnya..🎈🎈🎈

Thursday, November 29, 2018

TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita teruskan dengan topik kita yang lain iaitu Pengurusan Murid. Ermmm...kalau fikir pasal murid,pasti akan banyak yang terlintas di fikiran. Hal ini kerana sebagai seorang guru,banyak perkara yang perlu diuruskan lebih-lebih yang melibatkan murid.

Rumusan yang saya dapat rumuskan adalah di dalam topik ini,ia membahagikan pengurusan murid kepada dua iaitu Hal Ehwal Murid dan Pembelajaran. Di dalam bahagian tersebut,ia membincangkan tentang rekod-rekod murid serta peranan guru kelas. Rekod-rekod atau maklumat tentang murid ini dibawah Hal Ehwal Murid. Seperti yang kita ketahui,guru kelas memainkan peranan yang sangat besar. Manakala di bawah pembelajaran,terbahagi kepada 2 iaitu kesediaan belajar dan motivasi.

Kesediaan belajar pula ialah Keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Ia terbahagi pula kepada 3 iaitu kognitif,afektif dan psikomotor.

Dari segi motivasi adalah bagaimana ia dapat membantu menaikkan semangat murid itu balik.  Terdapat 2 teknik iaitu Teknik Intrinstik dan Teknik Ekstrinstik. Setakat ini sahaja yang dapat saya rumuskan. Untuk ketahui lebih lanjut sila klik link di bawah 🀠



Wednesday, November 28, 2018

TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Haiiiiii kawan-kawan sekalian. 🎈🎈🎈..mari saya teruskan dengan topik 4 iaitu kepimpinan dan organisasi. Ia amat penting bagi kita untuk mengetahui siapa pimpinan atau majikan kita. 

Di dalam topik ini ia akan membincangkan tentang gaya kepimpinan,organisasi sekolah,kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru. Contohnya Menteri Pendidikan Malaysia ialah YB Dr Maszlee Malik. Topik ini turut membahaskan tentang mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. 

Pengurusan sekolah pula adalah mereka yang mentadbir sekolah. Contohnya di sekolah akan diketuai oleh Guru Besar dan lain-lain. 

Maklumat dan keterangan lanjut,sila klik di sini 🐼 

TOPIK 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bertemu lagi kita. Okay hari ini saya akan teruskan dengan topik yang ke-3.

Apa yang saya dapat rumuskan adalah dalam topik ini ia membincangkan tentang semua topik. Contohnya dari segi perspektif pengurusan. Pemgurusan seperti bilik darjah dan sekolah. Apa itu pengurusan? Pengurusan adalah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Ia juga membincangkan tentang strategi pengurusan pembelajaran iaitu berpusatkan guru,berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. 

Topik ini juga membincangkan tentang Akta Pendidikan 1996. Setiap daripada kumpulan diberikan tugasan mengikut tajuk yang diberikan. Antara kajian yang perlu kami lakukan adalah :


  • Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Bilik Darjah
  • Pengurusan Sumber
  • Pengurusan Bilik Pembelajaran
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Bimbingan / Penasihatan
  • Pengurusan Pelbagai Budaya
  • Pengurusan pelbagai upaya
  • Pengurusan Sekolah dan Persekitaran
  • Pengurusan Kokurikulum
Untuk setiap topik yang diatas,saya akan bincangkan di kemudian hari 😁

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum..okay,,harini saya akan menerangkan tentang Topik 2 iaitu Interaksi & Pembelajaran.

Rumusan yang saya dapat rumuskan adalah pertama sekali adalah tentang teori perkembangan manusia. Teori perkembangan manusia adalah tingkah laku yang terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Seterusnya adalah tentang Sosialisasi. Apa itu sosialisasi? Sosialisasi adalah proses manusia diajar,dibentuk,diasuh untuk menjadi masyarakat yang profesion dari segi norma,penilaian (nilai) dan kepercayaan.

Jenis-jenis sosialisasi adalah Primer (permulaan) , Sekunder (penyertaan) , dan Resosialisasi. Topik ini juga menerangkan tentang guru sebagai model serta dinamika dalam bilik darjah. Antara faktor yang mempengaruhi adalah bangsa,jantina,status, personaliti dan lain-lain. 

Selain itu,apa itu interaksi? Interaksi adalah tindakan atau perhubungan antara dua atau beberapa pihak. Jenis-jenis interaksi adalah interaksi sehala,interaksi 2 hala dan interaksi kumpulan.

Setakat itu sahaja untuk hari ini.Untuk ketahui lebih lanjut,sila klik link dibawah :

https://drive.google.com/open?id=1O3_R8dLD7QA7ilUFHMbuKWPzaL24Ic35

Tuesday, November 27, 2018

TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Assalamualaikum semua..😎

      Harini saya akan berkongsi tentang bab 1 iaitu sosiologi dan pembelajaran. Mari ikuti perkongsian saya:

      Rumusan yang dapat diambil dalam topik 1 ini adalah ia menerangkan tentang sosiologi. Apa itu sosiologi? Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842). 

      Menurut Waters,1994, bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia. Menurut Amir Hasan (2002),sosiologi adalah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. Antara tokoh-tokoh adalah Ibnu Khaldun,Auguste Comte,Karl Max dan lain-lain.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hmmm..hari ini saya ingin berkongsi tentang subjek KPS 3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN). Subjek ini mempunyai 4 jam kredit. Sila nantikan nota-nota yang akan saya kongsikan setiap bab nanti ya.. :)

Nama saya NUR AYUNI BINTI GHAZALI. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian.


TOPIK 14-PENGURUSAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum..in sha Allah..ini adalah topik terakhir untuk subjek ini. Seperti yang kita ketahui,setiap murid wajib menyertai akti...