Saturday, December 29, 2018

TOPIK 14-PENGURUSAN KOKURIKULUM


Assalamualaikum..in sha Allah..ini adalah topik terakhir untuk subjek ini.

Seperti yang kita ketahui,setiap murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum. Pengurusan kokurikulum terdiri kepada 3 iaitu badan uniform,kelab atau persatuan dan sukan atau permainan. Kebiasaanya aktiviti kokurikulum ini dijalankan pada waktu petang. 

Bagi pelantikan guru penasihat,dengan kuasa yang diberi kepada pengetua / guru besar sebagai penolong pendaftar, pelantikan guru penasihat dibuat mengikut peraturan Pemberitahuan Undang-undang Awam. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan guru besar atau pengetua ini hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.


KLIK LINK :

Wednesday, December 26, 2018

TOPIK 13-SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰πŸ‰



Rumusan yang dapat yuni ringkaskan adalah hubungan  sekolah dengan persekitaran adalah sangat penting. Terutamanya,hubungan sekolah dengan masyarakat.  Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.

Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Contoh hubungan dengan pihak luar adalah seperti PIBG. Dalam menganjurkan apa-apa aktiviti,pihak sekolah hendaklah melibatkan ibubapa. Hal ini agar para ibubapa dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 

link 🎈🎈🎈
                                                                                                           
  
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’   

TOPIK 12-PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


       
Assalamualaikum..harini saya akan berkongsi tentang PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA. Mesti ramai yang tertanya-tanya ni tajuk pasal apa?? kan?? Mari saya bagithu..πŸŽƒπŸŽƒπŸŽƒ

Rumusan daripada tajuk ini adalah ia ada berkaitan dengan murid berkeperluan khas. Ia juga menerangkan tentang program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

Pemulihan? Apa itu pemulihan? Seperti yang kita ketahui,pemulihan adalah yang berkaitan dengan masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. 3M adalah membaca,menulis dan mengira. Pemulihan ini adalah merupakan cara untuk kita selsesaikan masalah tersebut. Contohnya,di sekolah terdapat kelas pemulihan untuk murid-murid yang menghadapi 3M tersebut. Seterusnya adalah pengayaan. Pengayaan adalah merupakan aktiviti tambahan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang mereka ada dari awal.

Dalam tajuk ini,ada juga dibincangkan tentang berkeperluan khas. Contoh murid berkeperluan khas adalah pintar cerdas,autisme serta disleksia. Dalam setiap ciri tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasinya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut,sila klik link dibawah ⇓


Friday, December 21, 2018

TOPIK 11 - PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Apa itu pelbagai budaya? Pelbagai budaya adalah Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

Pada pendapat saya,setiap sekolah perlu menerapkan pelbagai budaya. Hal ini kerana supaya mereka terdedah dengan budaya seperti bergaul dengan kaum lain. Contohnya,pihak sekolah menganjurkan program-program budaya seperti program silang budaya. Selain itu,pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab yang melibatkan budaya seperti Kelab Rukun Negara serta Kelab Perpaduan.

Kumpulan saya telah mendapat tajuk ini untuk tugasan. Kami telah pergi ke sebuah sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya di sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai pelbagai budaya. Terdapat juga bangsa selain Melayu,Cina dan India. Iaitu bangsa Pakistan dan lain-lain. Kami dapat memerhati yang bahawa para pelajar tersebut bergaul dengan kaum sendiri. Akan tetapi ada juga yang bergaul berlainan kaum.

Klik link : 


TOPIK 10-PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Assalamualaikum dan haiii semua. Pada pagi ini saya akan berkongsi sedikit tentang Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan. πŸ—πŸ—πŸ—






Tajuk ini berkaitan dengan kaunseling. Ia dikategorikan kepada 3 iaitu penasihatan,bimbingan dan mentoring. Penasihatan adalah berbentuk suruhan,memberi nasihat,pelajar yang mempunyai masalah serta membantu murid membuat keputusan. Penasihatan ini jangka masa lebih pendek berbanding yang lain. Bimbingan adalah pencegahan yang boleh dikawal serta membantu individu agar dapat membuat keputusan yang bijak. Mentoring pula adalah bimbingan,sokongan,serta bantuan secara profesional. Contohnya,mentor dan mentee. Ia adalah hubungan yang berterusan untuk tempoh yang lama. Ia juga fokus kepada kerjaya dan perkembangan peribadi. Semua guru adalah guru bimbingan tetapi bukan semua guru adalah guru kaunseling. Masalah disiplin dibawah guru kaunseling juga.

TOPIK 9-PENGURUSAN DISIPLIN


Disiplin sangat penting kepada sesebuah sekolah. Hal ini kerana disiplinlah yang akan mencerminkan sesebuah sekolah. “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”Dalam pengurusan disiplin ini,ia berkait rapat dengan Surat Pekeliling Ikhtisas. Terdapat hukuman-hukuman yang akan dikenakan berdasarkan kesalahan apa yang mereka lakukan. Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Untuk ketahui dengan lebih mendalam boleh klik ke link berikut 🎢🎢🎢

TOPIK 8- STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Assalamualaikum..Haii..Hello..seterusnya,saya akan kongsikan tentang topik 8 iaitu strategi pengurusan bilik pembelajaran..




    Bilik darjah adalah tempat untuk proses pembelajaran berlaku. Ia khususnya di sekolah. Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih.Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan



       Antara jenis-jenis bilik pembelajaran adalah :

*Bilik darjah tradisi
*Bilik darjah terbuka
*Bilik darjah bercantum
*Bilik darjah pra sekolah
*Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
*Bilik darjah multimedia
*Bilik darjah mata pelajaran khas

    Untuk melalui sesebuah pembelajaran,sesebuah bilik darjah hendaklah mempunyai keluasan yang baik agar para pelajar dapat belajar dengan selesa. 

sila layari link →→→

https://drive.google.com/open?id=1GwYY-jX__7jzWiNSWHm1jmRytSu6PxQ0

TOPIK 14-PENGURUSAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum..in sha Allah..ini adalah topik terakhir untuk subjek ini. Seperti yang kita ketahui,setiap murid wajib menyertai akti...